Sunday 14 August 2016

Ifa Raziah kini bergelar 'Datuk' Tapi negeri mana yang bagi?

Penyanyi dangdut Ifa Raziah berkata, darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk diterimanya adalah daripada penganugerahan yang sah dan seharusnya tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak.

Darjah Ahli Setia Diraja yang diterimanya pada Januari lalu itu adalah daripada institusi beraja yang sah di salah sebuah negeri di Malaysia.

"Ya… saya dikurniakan darjah kebesaran Ahli Setia Diraja dari sebuah negeri di Malaysia pada Januari 2016, ia bukan Datuk dari orang yang menyamar jadi sultan atau saya mendapat gelaran dari negeri seberang.

"Namun, tidaklah perlu untuk ia diheboh-hebohkan kerana saya hanya guna gelaran itu untuk majlis-majlis rasmi dan atas tujuan perniagaan sahaja,"

"Saya menerima gelaran itu sebagai satu tanda penghormatan, tak kan pula saya nak menolaknya. Lagi pula gelaran itu diberikan dan bukannya saya yang minta.

"Dalam industri perniagaan ramai yang sudah tahu dan maklum tentang gelaran yang saya dapat ini, cuma di atas pentas, saya masih lagi Ifa Raziah yang dulu," ujarnya kepada mStar Online

No comments:

Post a Comment