Sunday 14 August 2016

Raja Ema kini bertudung (10 gambar)

"Saya tidak mempunyai apa-apa perancangan tertentu untuk mengubah imej, cuma sejak beberapa hari lalu saya tiba-tiba mahu mengenakan tudung. Mungkin sudah sampai masanya saya berubah, malah saya sendiri rasa selesa dengan bertudung.

"Saya begitupun kurang selesa apabila orang mengatakan saya berhijab. Bagi saya, hijab itu besar maknanya bagi seorang muslimah. Hijab pada pandangan saya bukan semata-mata menutup aurat, tetapi perlu menutup segala kecantikan kita, dalam dan luaran, daripada tatapan umum.

"Namun sebagai orang baharu, saya mahu membiasakan diri dengan bertudung terlebih dulu. Malah, saya sendiri tidak pandai mengikat tudung mengikut gaya hari ini. Apa yang saya pakai sekarang adalah berdasarkan keselesaan sendiri, tanpa ada sesiapa yang memberikan tunjuk ajar pun," terangnya kepada Bharian Online
Baca lagi »

No comments:

Post a Comment