Thursday 18 August 2016

Ini jawapan Adira jika Datuk Red kahwin 3 atau 4!

Mengakui bahawa dirinya sakit hati apabila mengetahui tentang video suaminya merangkul pinggang Ruhainies, Adira AF bagaimanapun tidak cepat melatah malah turut memberi kebenaran untuk suaminya berkahwin lain.

“Sebagai isteri dan ketika itu sedang mengandung, bila dapat tahu mengenai video tersebut, tipulah kalau saya tak sakit hati tetapi bila tahu cerita sebenar kenapa benda itu terjadi, saya sudah okey”

“Saya tidak ada masalah jika dia ingin berkahwin tiga atau empat sekali pun. Janji, dia boleh jaga semua isterinya dengan baik. Jangan kahwin selagi tidak boleh berlaku adil,” jelasnya kepada Kosmo! Online.

No comments:

Post a Comment