HUAWEI 
dan pembuat telefon pintar lain di Asia semakin berdaya saing dalam pasaran teknologi telefon pintar.
Samsung dan Apple yang merupakan pendahulu penjual  telefon pintar terbesar di dunia juga kini kelihatan mula menghadapi persaingan sengit.
Penyelidik Kantar Worldpanel, Lauren Guenveur berkata, pembuat telefon China seperti Huawei dan Xiomi kini bersaing hebat bagi merebut bahagian dalam pasaran baharu yang sedang berkembang pesat namun pengguna dilihat keberatan untuk bertukar jenama dalam keadaan pasaran agak perlahan.
“Sesiapa yang masih memberi tumpuan kepada dua pesaing gergasi ini, sebenarnya tidak mendapat gambaran sebenar.
“Apple dan Samsung patut berhenti daripada berasa bimbang terhadap satu sama lain dan lihat keadaan yang berlaku di sekeliling mereka.
“Huawei berhasrat untuk mengatasi Apple sebagai vendor telefon pintar kedua terbesar pada tahun 2020 malah terdapat khabar angin bahawa Google juga berhasrat memasuki pasaran telefon bimbit secara bersendirian,” katanya.
Menurut Guenveur, di Amerika Syarikat, Samsung SSNLF, menyumbang 8.93 peratus daripada 37 peratus jualan telefon pintar dari bulan Mac hingga Mei dan Apple AAP, memiliki -0.90 peratus daripada 29 peratus penguasaan pasaran.
Ujarnya, sebahagian daripada 88 peratus pengguna telefon Apple di Amerika Syarikat yang merancang untuk menaik taraf telefon mereka pada tahun hadapan berkata mereka akan membeli iPhone lain manakala pemilik Samsung pula mahu terus kekal dengan jenama tersebut.
“Bagaimanapun, berdasarkan kepada model-model utama yang terlibat dalam persaingan sengit itu, variasi Galaxy S7 meraih 16 peratus daripada jualan berbanding hampir 15 peratus penguasaan bagi model keluaran Apple iPhone 6S,” katanya.
Dalam pada itu, Guenveur berkata,  di China, Samsung hanya memperoleh 9 peratus daripada jumlah jualan dan Apple menguasai hampir 20 peratus malah pengeluar tempatan Huawei mengatasi kedua-duanya dengan meraih hampir 26 peratus daripada pasaran, manakala Xiaomi memperoleh 19 peratus
Katanya, pembuat telefon yang semakin meningkat naik iaitu Oppo, bertambah empat kali ganda bahagiannya kepada 8 peratus.
“Di India, Samsung adalah pendahulu diikuti oleh Micromax dan Xiaomi.
“Apple dan Samsung tidak perlu bimbang terhadap satu sama lain pada masa depan. Yang lebih membimbangkan ialah pesaing-pesaing lain dan perubahan landskap.
“Dalam landskap itu, apa yang masih belum jelas kelihatan ialah bagaimana jualan dalam pasaran di negara sedang membangun yang berbahasa Latin, Amerika Selatan dan India, setanding kedudukannya dengan tiga jenama besar,” katanya
.