PELAKON cantik dan berbadan langsing Rozita Che Wan, 43, baru-baru ini mendedahkan bahawa rahsia beliau kekal langsing dan kekal menawan ialah pengambilan diet hariannya.
Menurut Rozita, atau lebih dikenali sebagai Che Ta, dia perlu mengambil nasi dua kali sehari untuk mengekalkan stamina tubuh badannya.
“Saya tiada petua yang spesifik untuk menjaga tubuh badan. Malah diet saya pun agak berbeza daripada orang lain.
“Bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat dan bertenaga saya perlu makan nasi sekurang-kurangnya dua kali sehari.
“Nasi antara makanan ruji yang sangat penting untuk saya. Saya rasa lebih bertenaga untuk meneruskan aktiviti harian yang kadang-kadang memakan masa sehingga seharian di luar," katanya seperti di petik daripada Astro Gempak.
Dalam pada itu, Che Ta menegaskan pengambilan sarapan pagi adalah perkara yang penting untuk menjaga tubuh badan.
“Setiap pagi saya tidak pernah terlepas untuk mengambil sarapan pagi  sebelum memulakan aktiviti harian. Ia sangat penting.
“Selain itu, minum air kosong yang banyak juga penting untuk tubuh badan anda supaya tidak dihadriat," katanya lagi.