KERALA - INDIA. Beberapa penonton wayang ditahan polis kerana duduk ketika lagu kebangsaan dinyanyikan di sebuah pawagam di Trivandrum kelmarin.
Menurut laporan BBC, 12 penonton tersebut berhadapan tuduhan gagal mematuhi peraturan dan menimbulkan kekacauan.
Mereka bagaimanapun dibebaskan kemudian.
Sebelum itu, lapan penonton lain ditangkap atas sebab sama di Chennai pada Ahad.
Perintah berdiri ketika lagu kebangsaan dimainkan sebelum tayangan filem dikuatkuasakan di India sejak bulan lepas.