KELUARGA selebriti popular, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya serta puterinya, Lara Alana meraih rezeki berganda selepas kejayaan program realiti, Lara Oh Lara.
Menurut Awal, program 13 episod itu memberi impak yang besar kepada mereka sekeluarga apabila dihujani pelbagai tawaran menjadi duta produk.
"Jujurnya, kesan program itu memang sangat besar terhadap kami sekeluarga.
"Kami menerima banyak tawaran untuk menjadi duta produk, kempen serta iklan untuk pelbagai jenama terkenal sebaik saja program itu tamat," katanya kepada Sinar Harian.
Bagaimanapun, katanya dia terpaksa menolak beberapa tawaran dan perlu membuat pilihan mengikut kesesuaian karakter dan usia Lara.
Lebih mengejutkan, katanya, melalui siri TV itu, Lara bukan sahaja mengumpul peminat dalam kalangan dewasa tetapi juga kanak-kanak yang kebanyakan mereka memanggilnya dengan nama Lara Oh Lara ketika berjumpa.
Awal juga berbangga kerana ada permintaan supaya program realiti itu diteruskan untuk musim kedua.
Bagaimanapun, katanya, permintaan itu terpaksa ditolak lantaran tempoh terlalu cepat dan masa belum sesuai.
“Soal itu perlulah ditanyakan kepada Astro. Ya, memang benar Astro ada hubungi kami dan mereka berminat untuk menyambung bagi musim kedua.
"Namun, kami merasakan terlalu cepat kerana idea terbaik telah diberikan pada musim pertama.
"Rasanya tunggulah hingga Lara boleh bercakap, tentu program itu akan bertambah menarik kerana boleh bersoal jawab dengannya,” katanya.
Jadual padat
Secara tidak langsung, kata Awal, kejayaan yang diraih menyebabkan jadual Lara bertambah padat.
Katanya, Lara bukan sahaja diwajibkan ke sekolah setiap hari, bahkan juga perlu menghadiri pelbagai acara, penggambaran serta sesi fotografi.
Tidak mahu membebankan anaknya, Awal mengakui meletakkan syarat kepada pihak terbabit iaitu segala aktiviti perlu dilakukan pada jam 3 petang hingga 8 malam sahaja.
Pun begitu, baik Awal mahupun Scha, tidak pernah memaksa atau membuat anaknya letih dengan jadual harian.
"Sejak dia dilantik sebagai duta bagi beberapa produk bersama saya dan isteri, sedikit sebanyak dia juga terbabit dengan aktiviti yang diaturkan pihak berkenaan.
"Namun, sebagai ibu bapa, kami perlu bijak membahagikan masa. Lagipun, sekarang Lara sudah bersekolah.
"Bukan apa, pada sebelah pagi Lara wajib ke sekolah. Kemudian Lara perlu rehat yang cukup sesuai usianya supaya dia tak meragam,” katanya.
Jelasnya, walaupun bergelar selebriti, Lara juga tetap seorang kanak-kanak normal yang suka bermain dan berkawan.
Sehubungan itu, sebagai bapa, Awal bertindak mengikut tindak balas yang diberikan Lara.
"Lara masih kanak-kanak, dia bukanlah orang dewasa yang boleh memahami persekitaran di sekeliling.
"Sebaliknya, jika dia beri komitmen dan kerjasama, kami akan mengikut jadual seperti biasa," katanya.

No comments:
Post a Comment