DALAM perkembangan teknologi kini, apa sahaja yang dimuat naik di media sosial, khususnya daripada individu yang dikenali pasti akan menjadi perhatian ramai.
Sama ada bersifat negatif atau sebaliknya, namun ia setidak-tidaknya memberi impak tersendiri buat individu berkenaan.
Itulah persepsi yang dapat disimpulkan buat Bintang Viral minggu ini, Coco, atau nama sebenarnya, Marshaira Ismail, 19, yang tiba-tiba menjadi viral di media sosial awal Disember lalu apabila netizen mulai share dan post video testimoni solekan yang dimuat naik Coco menerusi laman Instagram @k1ngcoco_1.
Video berdurasi sekitar seminit itu memaparkan aksi Coco yang memperkenalkan satu jenama solekan khusus untuk wajah dengan pelat ‘mat saleh’ yang dianggap keterlaluan daripada kebanyakan pengguna media sosial.
Lalu, ia mengundang pelbagai respons netizen dan secara tidak langsung membuatkan gadis berasal dari Kuala Lumpur ini popular dalam sekelip mata di jaluran internet.
Setakat ini, video tersebut sudah pun ditonton lebih 200,000 kali oleh pengguna Instagram.
Coco yang dihubungi MH mengakui tidak pernah jangka video tersebut menjadi viral. Akuinya, itu hanyalah sekadar video untuk review sebuah produk dan tiada apa yang perlu diperbesar-besarkan.
“Ya, saya terkejut. Tiada benda pun untuk diviralkan. Yang lebih mengejutkan, hingga ada yang sanggup buat parodi mengenai cara percakapan saya, but don’t try so hard to be me,” katanya yang tidak ambil hati dengan sesetengah netizen yang memberi komen agak melampau.
Seiring dengan populariti yang diraih secara drastik anak keempat daripada lima beradik ini, timbul pula cerita lain mengenai kisah peribadi Coco.
Antaranya, ada netizen yang mulai membuat perbandingan perihal transisi gaya hidup gadis ini sewaktu di bangku persekolahan dan sekarang.
“Saya tak happy dengan apa yang terjadi. Itu adalah sisi kehidupan peribadi dan ia adalah atas pilihan sendiri. Namun bila ada yang hebahkannya di media sosial, what I can do?”
Kalau pasal zaman sekolah pula, saya tidak kisah,” terangnya yang pernah berkerja di sebuah pusat kecergasan sebelum mengambil keputusan untuk fokus terhadap perniagaan selepas ini.
Setakat ini, Coco telah mempunyai lebih 200,000 pegikut di laman Instagramnya.

No comments:
Post a Comment