SINGAPURA - Seorang remaja berjaya memenangi biasiswa bernilai AS$250,000 (RM1.1 juta) dalam cabaran dikelolakan oleh Facebook, Breakthrough Junior Challenge.
Menurut laporan Straits Times, Deanna See hanya menggunakan pen marker dan lego dalam video lima minitnya untuk menerangkan topik kompleks mengenai rintangan antibiotik.
"Biologi sangat bermakna kerana ia menerangkan tentang apa yang berlaku di sekeliling dan dalam diri kita," kata Deanna dalam upacara penyampaian hadiah di Silicon Valley, Amerika Syarikat pada Ahad.
Kata Deanna, ada banyak video di laman sesawang yang boleh memberikan inspirasi kepada pelajar tentang sains.
Sementara itu, cikgu yang memberi inspirasi kepada Deanna juga diberikan hadiah.
AS$50,000 dan sekolahnya diberikan AS$100,000 untuk membina makmal sains baharu.
Hadiah-hadiah dalam cabaran tersebut dibiayai oeh Mark Zuckerberg; isterinya Priscilla Chan; ahli fizik Rusia, Yuri Milner dan isterinya, Julia.
Cabaran Breakthrough Junior Challengetelah menarik lebih 6,000 penyertaan dari 146 buah negara.