KUALA NERUS - Polis Terengganu meminta dua penuntut institusi pengajian tinggi yang dikenal pasti menceroboh dan memanjat pencawang telekomunikasi di Bukit Chendering, supaya menyerah diri bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata walaupun kejadian itu berlaku dua tahun lepas namun siasatan mengenai pencerobohan itu tetap berjalan ketika ini.
"Setakat ini, kita telah menerima satu laporan polis berhubung insiden itu yang dilakukan dua remaja tempatan. Kita minta kedua-dua suspek menyerah diri sebelum kita mengesan dan menangkap mereka," katanya kepada pemberita selepas program pasca banjir di Sekolah Kebangsaan Pulau Redang di sini hari ini.
Baru-baru ini, video mengenai pencerobohan yang dilakukan dua remaja berkenaan menjadi viral di laman sosial Facebook. Bagaimanapun, kejadian itu dikesan dilakukan remaja berkenaan pada tahun 2015.
Dalam pada itu, Rosli berkata pihaknya kini turut menyiasat satu lagi video kegiatan hampir sama yang dilakukan sekumpulan remaja di papan tanda "ALLAH Peliharakan Terengganu", di Bukit Besar, tahun lalu.
"Usaha mengesan kumpulan remaja terbabit sedang giat dijalankan. Ini kerana kita tidak akan berkrompromi dengan mana-mana pihak dan individu yang terlibat memanjat dan menceroboh kawasan larangan itu.
"Selain itu kita juga tidak mahu ia menjadi ikutan dan budaya kepada orang lain untuk melakukan aksi seperti itu," katanya.

No comments:
Post a Comment