PASIR PUTEH - Sebuah kedai menjual pakaian terpakai dengan harga RM1 setiap satu yang mula beroperasi Khamis lalu di Tok Bali, dekat sini, menjadi tumpuan ramai.
Kedai Happy Bundle dengan slogan ‘Seriyal Selai Jah’ yang diusahakan pemuda dari Kampung Lembah, Semerak, memenuhi keperluan golongan sederhana dan berpendapatan rendah.
Pengurusnya, Mohd Taufik Karim, 28, berkata, dia mengambil keputusan untuk menjual pada harga serendah mungkin kerana tidak mengharapkan keuntungan dalam waktu singkat.
Katanya lagi, kedainya turut diserbu peniaga pakaian bundle lain bagi mendapatkan pakaian murah untuk dijual semula kepada orang ramai.
“Dengan cara ini, orang akan membeli dalam kuantiti banyak. Saya perlu bersedia dengan stok yang banyak juga untuk jualan harian.
“Kedai saya ini beroperasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam, tapi ada ketika pelanggan tetap datang selepas waktu itu, ketika saya mengisi semula stok,” katanya ketika ditemui di kedainya di hadapan sekolah tahfiz.
Tambah Mohd Taufik, pada setiap Khamis dan Sabtu, Happy Bundle mengadakan acara ‘Jualan Pecah Guni’ yang menyaksikan orang ramai berasak-asak untuk mendapatkan pakaian berjenama dengan harga RM1.
Menurutnya, walaupun perniagaan merupakan bidang baharu diceburinya, namun dia yakin dapat meneruskan dengan bimbingan rakan dan ahli keluarga yang lebih berpengalaman.
“Saya cuba jaga kualiti pakaian seperti baju, seluar, jaket dan selimut yang saya jual. Walaupun harganya hanya RM1, saya akan memastikan pakaian itu dalam keadaan baik.
“Saya akan buang pakaian terlalu kotor dan baju T memaparkan mesej atau gambar tidak sesuai dengan budaya kita,” katanya.
Mohd Taufik berkata, dalam keadaan ekonomi sekarang, menjual barangan dengan harga murah mampu membantunya bertahan lebih lama dalam bidang itu.

No comments:
Post a Comment