MOHD FAIZOL berkata, dia hanya mengeluarkan modal RM50 untuk mengubah suai motosikal tersebut sehingga ia berkemampuan menjadi motosikal dua alam.
Menurutnya lagi, kerja mengubah suai motosikal seperti itu tidak rumit iaitu dia hanya perlu memasang paip tangki air kereta ke karburetor yang dipindahkan ke tempat tinggi di dalam raga motosikal.
“Hujung paip getah daripada karburetor pula di hala ke atas manakala minyak tu saya bekas minyak petrol di letak kat atas sekali dan turut dipasang getah paip kecil untuk mengelak dimasuki masuk air,” katanya.
Kata Mohd Faizol sebelum ini dia dan kakaknya tidak merakam video mereka meredah air dalam, tetapi sekadar mengambil gambar biasa menyebabkan ramai tidak percaya tentang kemampuan motosikal tersebut.
“Saya rasa puas kerana dapat meredah air banjir yang menenggelamkan jalan raya dengan motosikal tersebut tanpa motosikal mengalami kerosakan,” katanya.
Sementara itu menurut Mohd Iskandar, ciptaan tersebut hasil inovasi terhadap sukan permotoran yang mendalam dalam diri Faizol dan rakan-rakannya sehingga membolehkan motosikal dinaiki meredah air sedalam sehingga satu meter.
Menurutnya, kreativiti itu boleh diteruskan untuk faedah orang ramai melalui proses penambahbaikan.
“Motosikal seperti itu boleh dikomersialkan malah ia dapat membantu masyarakat di kampung-kampung yang memerlukan satu jenis kenderaan yang dapat digunakan dalam pelbagai keadaan terutama meredah air bagi melancarkan urusan kerja harian mereka. “Sekarang ini ramai penduduk tidak dapat pergi atau melakukan kerja kerana jalan terputus akibat ditenggelami air walaupun sedalam paras lutut tetapi sekiranya ada motosikal seperti yang diubahsuai Mohd Faizol akan membantu mengurangkan masalah ini,” katanya.
Beliau juga mencadangkan pihak atasan dapat melihat hasil cetusan tersebut untuk memberi peluang kepada Mohd Faizol dan rakan-rakannya mengilap bakat mereka selain memberi pendapatan sampingan kepada golongan muda sepertinya ,” katanya.
Kebolehan Mohd Faizol turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh untuk bertemu dan melihat sendiri hasil ubahsuai yang dilakukan lelaki itu di Kampung Apal, semalam.
Idris dalam kenyataan ringkasnya memuji usaha dan kreativiti Mohd Faizol yang mampu mengubahsuai motosikal Honda C70 boleh bergerak walaupun tenggelam hampir sepenuhnya.
“Saya yakin anak muda kita boleh melakukan sesuatu menakjubkan sekiranya mereka punyai usaha dan kemahuan yang besar untuk berjaya. Golongan muda perlu menanam slogan 'tiada halangan hanya peluang, impian menjadi realiti' dalam diri masing-masing,” katanya.

No comments:
Post a Comment