PORT DICKSON - Di sebalik deretan sampan nelayan yang diletakkan di jeti Kuala Lukut, ada satu objek lain yang fungsinya sama seperti sampan tetapi rupa bentuknya berbeza dinamakan sebagai 'tamok'.
Pemilik dan pencipta tamok, Muhamad Hafami Hanif, 48, berkata, tamok adalah sejenis rakit yang dibina hasil inovasi menggunakan paip jenis polivinil klorida (PVC) yang digabungjalinkan dengan kayu palet terbuang dan tiub tayar.
Menurutnya, penggunaan nama tamok pula diambil bersempena spesies ikan yang terdapat di Sungai Lukut, yang bersifat jinak tetapi sukar tertipu dengan umpan pancing.
“Idea cipta tamok ini bermula dengan minat saya dan ahli keluarga yang gemar memancing di sungai atau laut.
“Untuk ke sungai, perlu bot dan kos untuk beli sebuah bot lengkap dengan enjin memang mahal. Biasanya kami akan sewa tapi kos sewa bot dan bayarannya termasuk kos minyak juga tinggi. Jadi saya bincang dengan adik beradik untuk buat rakit dan terhasillah tamok,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Muhamad Hafami yang juga Pengurus Homestay Pachitan berkata, dia mengambil masa enam bulan untuk menghasilkan rakit itu.
“Banyak masa digunakan untuk fikir reka bentuk dan pengiraan untuk membolehkan rakit ini terapung, selamat dinaiki dan boleh bergerak di atas air dengan selamat.
“Saya dan adik beradik ada latar belakang fizik, jadi aspek itu mudah diaplikasikan dalam membina tamok.
“Saya juga ada tengok Youtube, tentang inovasi orang barat khususnya dalam mereka membuat pelbagai inovasi,” katanya.
Muhamad Hafami berkata, antara kelebihan rakit pvc ini adalah kos pembuatannya yang rendah.
“Hanya sekitar RM300 digunakan untuk bina rakit ini, dan ia boleh tahan lama mungkin cecah 10 tahun berserta penjagaan yang baik.
“Tamok digerakkan dengan pendayung dan boleh tampung berat hingga 378 kilogram dalam satu masa.Platform rakit ni juga boleh tempatkan dua orang dewasa” katanya.
Muhamad Hafami berkata, binaan tamok siap pada akhir Disember lalu dan dia juga beberapa kali menggunakan rakit itu untuk memancing di Sungai Lukut.
“Sungai ni memang tempat nelayan, antara ikan yang terdapat selain ikan tamok, ada ikan siakap, serkut, gelam dan belanak,” katanya.
Tambahnya, dia juga bercadang memasang enjin dirakit ciptaannya itu untuk memudahkan lagi pergerakan, selain membina satu lagi tamok bersaiz lebih besar untuk ke laut.
"Tamok yang ada ni hanya sesuai untuk kawasan sungai sahaja,” katanya.

No comments:
Post a Comment