JERLUN - Rakan-rakan sekampung Mohd Faiz Subri di Kampung Pida 6, Tok Kepak di sini berasa bangga dengan kejayaan Mohd Faiz yang merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) 2016.
Helmi Baharom, 25, berkata, kejayaan yang dikecapi Mohd Faiz juga kejayaan buat rakan-rakan sepermainan yang pernah bermain bola sepak suatu masa dahulu.
"Kami main bola masa kecil-kecil dulu dan dia seorang yang bersungguh-sungguh jika bermain bola dibandingkan dengan kami, kejayaanya ini adalah hasil usaha beliau sendiri," katanya di rumah keluarga Mohd Faiz selepas pengumuman kemenangan itu di Zurich, Switzerland, awal hari ini.
Beliau berkata, selain itu, Mohd Faiz disifatkan sebagai seorang yang sangat menghormati rakan-rakannya walupun dia sebenarnya seorang pemalu.
Bagi Mohd Adha Salleh, 35 beliau percaya Mohd Faiz akan mengulangi kejayaan ini pada masa hadapan bagi anugerah yang lain di peringkat antarabangsa.
"Saya cukup bangga menjadi kawan kepada Mohd Faiz dan akan pergi menjemput beliau di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang lepas ini untuk peluk dia sepuasnya," katanya.
Mohd Faiz merupakan finalis dalam kategori gol tercantik bersama-sama dua pemain lain iaitu Jonath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain bola sepak wanita, Danisuka Rodriguez dari Venezuela.
Teknik 'knuckleball' yang dicalonkan pada anugerah tersebut dilakukan Mohd Faiz ketika menjaringkan gol melalui sepakan percuma ketika perlawanan Pulau Pinang menentang Pahang pada saingan Liga Super, 16 Februari tahun lepas.
Sejak diperkenalkan pada 2009, anugerah yang bertujuan mengiktiraf gol tercantik di dunia sepanjang sesuatu tahun itu pernah dimenangi bintang bola sepak terkenal dunia antaranya Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez.

No comments:
Post a Comment