JOHOR BAHRU – Sebuah keluarga Taman Sri Tebrau di sini terkejut dengan kehadiran ‘tetamu tidak diundang’ yang berlingkar di hadapan rumah mereka.
Pemilik rumah, Abu Bakar Mohd Khalid, 48, berkata, kehadiran ular sawa itu disedari ibunya, Hawa Ismail,68, ketika mereka sekeluarga ingin keluar makan malam kira-kira jam 9 malam, semalam.
“Ketika undur kereta, mak saya di hadapan rumah untuk tutup pintu ternampak kelibat sesuatu yang melingkar ditepi parit.
“Apabila didekati, ia memang seekor ular sawa yang statik tapi mulutnya ternganga luas,” katanya.
Menurutnya, ia merupakan kejadian kali ke empat yang dialami keluarganya sejak 34 tahun mereka menetap di situ.
Abu Bakar berkata, sebelum penemuan ular tersebut, ibunya telah menjumpai kulit ular di belakang rumah ketika mengemas pokok dan pasu kira-kira jam 6 petang semalam.
Meskipun tiada insiden yang tidak diingini berlaku, beliau berasa takut sekiranya haiwan terbabit bertindak di luar jangkaan.
Katanya, Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Larkin telah datang untuk menangkap ular seberat kira-kira 18 kilogram dengan panjang 10 kaki itu.

No comments:
Post a Comment