Thursday 23 February 2017

Bertudung & berpakaian sendat! ini komen cool Fathia Latiff

Walaupun sebelum ini pernah dikritik kerana berpakaian sendat sambil bertudung, namun itu semua sudah tidak berkesan buat empunya badan, Fathia Latiff. Kerana kritikan sedemikian bukan membuat dirinya marah tapi ianya dalam proses menilai dan memilih fesyen mana yang sesuai dengan dirinya sejajar dengan mendalami ilmu agama
“Saya tidak marah dengan mereka yang mengkritik mengenai cara saya mengenakan tudung dan sebagainya.

“Saya akui pada awalnya ketika mengenakan tudung saya begitu ekstrem. Ketika itu saya berfikiran perlu menjaga setiap perkara dalam pemakaian.

"Saya yang tanam imej itu dalam fikiran mereka,

“Bagaimanapun bila saya faham Islam itu mudah, apa yang penting kini adalah perubahan yang datang secara perlahan-lahan.

“Sekali gus memastikan diri saya benar-benar selesa dahulu. Saya tidak mahu dikemudian hari ada perasaan memberontak dalam diri, itu yang cuba saya elakkan,” katanya kepada Utusan Online.

No comments:

Post a Comment