Thursday 23 February 2017

Feeya Iskandar bagi tips supaya 'tidak koyak' ketika bersalin

Deejay Feeya Iskandar atau Cik Piah yang selamat melahirkan anak sulung beberapa hari lalu telah berkongsi tips untuk 'tidak koyak' ketika bersalin khas untuk para wanita.

Anak sulungnya itu diberi nama, Adam Malique, seberat 2.8kg tanpa koyak dan beliau juga tidak menerima sebarang jahitan selepas bersalin.
1. Minum minyak kelapa dara.

Sejak kandungannya mencecah usia 7 bulan Cik Piah berkata bahawa beliau sudah mula mengamalkan sesudu minyak kelapa dara ini setiap pagi dan malam sebelum tidur.


2. Jangan angkat punggung ketika sedang meneran bayi untuk keluar.

Cik Piah berkata, suami perlu menemani isteri di dalam bilik pembedahan kerana waktu meneran bayi itu dilakukan, seluruh tenaga digunakan dan ketika itu si isteri tidak akan ingat apa yang berlaku. Suami perlu memainkan peranan untuk memengang badan si isteri supaya punggung tidak terangkat.


3. Minta maaf dengan orang sekeliling.

Sebelum bersalin Cik Piah mengingatkan supaya meminta maaf dengan orang sekeliling, lebih-lebih lagi dengan suami, ibu dan bapa, saudara mara juga sahabat handai. Mintalah mereka berdoa untuk anda supaya segala urusan ketika hendak bersalin dipermudahkan.


4. Berfikiran positif.

Tips terakhir yang diberikan oleh Cik Piah ini adalah anda harus selalu berfikiran positif lebih-lebih lagi jika ingin melahirkan bayi sulung. Ini kerana di dalam minda anda akan selalu memikirkan bagaimana situasi ketika bersalin nanti. Kata Cik Piah jika kita set minda kita dengan perkara positif In Sya Allah kita tidak akan merasa sakit.

Kepada ibu-ibu yang akan bersalin tidak lama lagi boleh la cuba petua dan tips dari Cik Piah ini. Mudah-mudahan segala urusan ketika hendak melahirkan bayi nanti akan berjalan dengan lancar.


IG - Feeya Iskandar

No comments:

Post a Comment