Saturday 4 March 2017

Neelofa akur minta senyap daripada berkomen apa-apa

Selepas terpalit dengan kisah percintaan kontroversi, pelakon dan pengacara Neelofa kini mahu diberi ruang untuk meneruskan kehidupannya dengan lebih tenang.

Menurut Neelofa, 28, dia mahu kekal positif dan enggan terus dikaitkan secara peribadi dengan pelakon Fattah Amin.

"Sejujurnya saya dah tak nak komen apa-apa kerana dah banyak sangat buat komen sampai orang suruh saya senyap.

"Lebih baik saya tak komen apa-apa lagi. Saya nak kekal positif,

"Saya tak ada apa nak komen mengenainya lagi (berganding dengan Fattah)... cukuplah, cukuplah," katanya kepada mStar Online.

No comments:

Post a Comment