Friday 28 April 2017

Vida buat kenyataan yang mengejutkan.. bakal...

Agak mengejutkan walaupun kini sibuk dengan dunia perniagaan kosmetik sehingga bergelar jutawan namun Datuk Seri Vida mahu menyimpan hasrat untuk menjadi penyanyi. Malah, beliau kini sedang berusaha untuk mendapatkan penerbit serta penulis lirik untuk lagunya. Vida mahu jadi terkenal seperti penyanyi Jepun, Pikotaro yang viral dengan lagu Pen Pineapple Apple Pen.

"Saya mahu keluarkan satu lagu dulu, mungkin sesuatu yang menarik macam PPAP (Pen Pineapple Apple Pen) nyanyian Pikotaro . Saya belum berjumpa orang yang sesuai untuk membantu menjayakan niat saya sebagai penyanyi. Namun saya tidak akan putus asa."-kata Vida


No comments:

Post a Comment