Sunday 14 May 2017

Anak bakal jadi poyo jika lakukan ini - Faezah Elai


Agak mengejutkan bila Faezah Elai berani mengatakan anaknya menjadi poyo sekiranya berbuat perkara ini. Perkara berkenaan adalah mengenai membuka laman sosial lebih-lebih trend anak selebriti sekarang yang dari kecil sudah ada laman sosial berkenaan.

Memetik laman mStar Online, Faezah Elai langsung tidak terfikir untuk membuka Instagram buat dua anak perempuannya iaitu Dealova Heyrinna, 4, dan Aurora Heyrinna (setahun lima bulan).

Jelasnya, selain tidak mahu mendedahkan anak-anaknya dengan laman sosial kerana mereka masih kecil, dia juga tidak merasakan mempunyai masa untuk mengemaskini akaun itu nanti.

"Tak kuasa! Instagram saya sendiri pun saya kadang-kadang malas hendak kemaskini apatah lagi untuk anak-anak.

"Kalau saya hendak muat naik gambar mereka pun biarlah di Instagram saya sahaja dan tidak perlulah sampai hendak buka Instagram mereka.

"Nanti kalau mereka ada Instagram sendiri dan dikenali orang, mereka jadi 'poyo' pula. Biarlah mereka mereka membesar secara normal," katanya

No comments:

Post a Comment