Tuesday 16 May 2017

Nassier Wahab bergelar Datuk, tapi ini sikapnya yang korang tak tahu...

Nassier Wahab memberitahu, biarpun baru sahaja menyandang gelaran Datuk, dia lebih senang bersikap 'low profile' dan hanya mahu dikenali dengan panggilan Nassier seperti sebelum ini.

Nassier, 55, berkata, sejurus dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada Isnin, di mula menerima banyak panggilan dan mesej daripada kenalan terdekat mengucapkan tahniah.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memakaikan Darjah Kebesaran Peringkat Kedua, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada penyanyi Nassier Wahab pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Sempena Memuliakan Hari Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar pada Isnin. FOTO: Bernama
"Alhamdulillah, saya hanya mampu berkata syukur atas rezeki Allah yang tidak dijangka ini.

"Terima kasih atas semua ucapan tahniah yang dikirim yang mana ada kenalan mula mengusik dengan status panggilan saya selepas ini.

"Tak payah susah-susah kerana pangkat tidak membawa kita ke mana-mana. Panggil sahaja saya Nassier kalau itu yang mendekatkan kita, saya tak kisah," ujarnya ketika dihubungi mStar Online

No comments:

Post a Comment