Tuesday, 16 May 2017

"TAK PERNAH TULIS NAMA SESIAPA" - FASHA SANDHA NEKAD KEMUKAKAN SAMAN MALU



Menerusi status terbaru yang dimuatnaik semalam, pelakon Fasha Sandha telah memberikan kenyataan akhbar dengan lebih awal kerana dirinya itu tidak merencana untuk mengadakan sebarang sidang media berhubung isu salah faham ini.

Biarpun pihak penganjur, Glass Go Media telah membuat permohonan maaf terbuka, nampaknya Fasha nekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Glass Go Media dan mana-mana pihak ketiga yang memalukannya.

Dalam masa sama, Fasha menjelaskan luahan beliau mengenai kejadian yang berlaku ketika acara fesyen Fenomena Aidilfitri 2017 tidak ditujukan kepada pihak tertentu seperti yang didakwa.



Kata Fasha, beliau tidak pernah sama sekali menulis nama mana-mana individu di laman Instagramnya miliknya.

Menurutnya, pihak ketiga itu pernah menghantar saman terhadapnya tujuh tahun lalu tetapi gagal. Fasha turut menganggap tindakan yang dilakukan oleh pihak ketiga itu sebagai tindakan kurang matang.

Nampaknya kedua-dua belah pihak telah tampil dengan kenyataan mereka sendiri mengenai isu ini. Buat masa ini, kita tidak boleh komen apa-apa dan nantikan perkembangan isu ini selanjutnya.


Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber: Fasha Sandha IG




         ________________________








via My Artis

No comments:

Post a Comment