APLIKASI mesej Whatsapp memperkenalkan fungsi baru dimana pengguna boleh menebalkan (bold) dan mencodongkan (italic) teks yang dihantar.
Bagaimanapun, fungsi ini hanya diuji pada saluran Whatsapp Beta dan teks yang dihantar kepada pengguna yang tidak menggunakan versi beta dipaparkan seperti biasa.
Cara penghantaran teks berbentuk tebal (bold) adalah dengan menaip teks di antara tanda bintang (*) manakala bagi teks condong (italic) menggunakan konsep sama, tetapi dengan awalan dan akhiran "underscores" ( _ ).
Sebagai contoh pengguna yang ingin menebalkan perkataan, pengguna perlu memulakan simbol* sebelum permulaan perkataan dan mengakhirinya dengan simbol yang sama (*Sinar Harian*).
Memetik Amanz.my, fungsi yang diuji pada saluran beta hanya pada peringkat ujian sahaja dan tidak semestinya iakan diperkenalkan pada versi stabil perkhidmatan permesejan berkenaan.